Thursday, 13 September 2012

heyy!!

Salam..

Yaa berjumpa lagi kita setelah bertahun lamanya aku tak update blog..haha sebab??sebab agak malas nak menaip hehe ok..tak ada apa yang nak aku ceritakan just nak bagitahu pssssttttt...heee meh dekat sikit telinga tuu..aku dah berada dalam Tahun Akhir!!!! yehaaaaaa...~~hehe insyaallah..moga Allah permudahkan segalanya..amin..dan nak bagitahu jugak..aku dah kurus!! hahaha tapi sikit jaalah..tak apa la even sikit pun janji aku dah kurus sebab ramai yang dok tegur-tegur..tapi tulaaa..aku rasa macam tak kurus pun..tapi member-member semua cakap macam tu lepas masing-masing balik sini..aku pun pelik..maybe aku busy dengan minggu MAP kot..hmm mesti korang nak perli aku kann kann kann hahaha apa-apa pun ok laaa..terima kasih kerana beri peluang aku untuk 'kembangkan' diri lagi hahaha target aku..aku mesti kurus sebelum habis belajar sebab nak apply Inspektor..insyaallah..moga cita-cita aku tercapai..Ya Allah..kau permudahkanlah segalanya..amin..ok guys..berjumpa lagi kita di hari-hari mendatang...(bila pon tak tahu laa hehe) byeeeeeeeee~~! =)

Monday, 11 June 2012

..aku tumpang gembira dengan kebahagiannmu..

Salam..

Sekian lama aku tak update blog nie..hmm hari-hari aku tempuhi hanya biasa-biasa saja..tiada seindah kenangan yang aku lalui ketika ini..yang ada hanya rasa kecewa..sedih..terkilan..pedih..mungkin?atau gembira..??aku tak pasti..tapi apa yang pasti sama ada aku perlu gembira atau sedih..yaa..kau amat bahagia..terima kasih kerana mesej yang kau inbox pada aku..dan mungkin hati aku jugak mungkin sedikit terguris dengan segala berita.."update" yang kau khabarkan diseluruh dunia..patutlah dah lama kau tak mesej aku..rupanya dah ada pengganti..emm mungkin itu hak kau..aku tak layak untuk menghalang..siapalah aku untuk menjadi penghadang kepada cinta baru kau..mungkin kau patut mencari pengganti setelah setahun kita berpisah..mungkin kau kesunyian..aku memahaminya kerana aku merasai benda yang sama..tipulah kalau aku katakan aku tak sedih..tambah-tambah melihat gambar bersama si dia..hmmm aku berharap kau berbahagia..hanya doa yang mampu aku iringi..dan semoga jodoh kau bersama dia berpanjangan..aku?masih disini..menanti dan masih mencari secebis kasih-sayang untuk hadir dalam hati aku..tapi itu tak penting..mungkin dengan pelajaran dan kerjaya yang mesti dan pasti aku cari dulu..cinta dan kasih-sayang ada di mana-mana..jika sampai masa..ianya akan hadir sendiri menjemput diri ini untuk merasai dengan keredhaNya..aku memohon kepadaMu..kuatlah hati aku untuk menempuh hari-hari mendatang..dan kau..aku doakan kebahagian kau hingga ke akhir hayat..biarlah aku yang merasai keperitan ini walau perit untuk ditelan..segala kenangan manis dan pahit akan aku pahatkan di ingatan..terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku..suka dan duka kita bersama amat hargai..insan sepertimu akan aku jadikan pengalaman untuk hari-hari yang aku tempuhi..terima kasih sayang..terima kasih sekali lagi..~~

Tuesday, 6 March 2012

..terima kasih kawan..

terima kasih kawan kerana kau telah membuktikan aku ini hanya kawan yang suka ambil kesempatan terhadap diri kau..
terima kasih kerana kau telah membuktikan aku hanya buruk pada pandangan kau..
terima kasih kerana aku ini selalu membuat kau terasa hati..
terima kasih kerana kau telah berjaya memutuskan hubungan persahabatan ini 
hanya kerana kau tidak berpuas hati dengan aku..
terima kasih kerana kau tak peduli pun ada kawan yang perangai macam babi nie..
terima kasih kerana kau telah mengistiharkan ramai lagi kawan yang ada untuk kau..yang sedia menyayangi kau seadanya dikala kau senang dan susah..

namun..

aku kesal..
aku kesal kerana kau sedikit pun tak pedulikan aku dikala kau bersama-sama teman kau..
ada tak kau ambil kira perasaan aku waktu tu??
kau hanya mengagung-agungkan kawan-kawan kau yang itu..
tapi pernah tak kau tahu apa yang aku rasa?
ada tak kau anggap aku nie kawan kalau betul la aku nie kawan baik kau??
sedikit pun tak..
apa yang aku tahu kau hanya bercakap mengenai ketidakpuasaan hati kau terhadap aku..
ini saja yang aku nampak..
kau cakap aku hipokrit..sedangkan kau??kau ada tak nampak sifat tu dalam diri kau??

tak apa..tak perlu kau nak pedulikan aku lagi..
aku tak perlukan kasih sayang dari seorang kawan yang hanya ingin menuding jari semua kesalahan pada diri aku..al maklumlah..kau kan ramai kawan yang menyayangi kau..
takat kawan yang perangai macam babi ini apa la kau kisah sangat kan??

kau kan peramah..
kau kan baik..
kau kan mulia..
semua orang senang dengan kau..
semua orang happy disamping kau..

aku terima wahai kawan..
aku tahu apa yang aku lakukan..
dan aku tahu niat aku sebenar..biarlah tuhan saja yang tahu perasaan aku..
tuhan saja yang layak menghukum aku..

jangan hanya dengan sesetangah perkara kau mudah untuk meludah aku dengan bermacam-macam andaian..
terimalah hakikat aku ini hanya sampah pada mata kau..
aku terima kau telah buang aku jauh-jauh dalam hidup kau..
terima kasih sekali lagi..
baru sekarang aku tahu apa erti kawan yang sebenar..

terima kasih..~~

Tuesday, 27 December 2011

..nothin to say..

Salam..hye semua..hmmm time aku tengah taip nie dah pukul 1.48 a.m..what??unbelieveable aku tak tidur lagi time niee??hehe ntah laa.mybe sebab aku minum nescafe tadi..so dengan harapan aku akan berjaga and study..but what's going on??aku tak study pun..huh! final dah nak dekat..but aku still macam nie..how come you wanna be a dean list's student anna??wake up!! ok...aku berjanji akan start esok..ok?hmmm just sekarang nie aku perlukan sokongan..yup..sokongan..dulu ya..maybe seorang lelaki yang dinamakan kekasih sentiasa memberikan sokongan itu..but now..it's gone..you know what?can you imagined how sweet the bf made timetable for you??everyday is my spirit to study all day long.hmm tapi sekarang nie dah tak ada semua tuu..rindu saat-saat itu..tapi tidak sekarang..dia dan aku dah tak bertegur sapa..apatah lagi nak ber-contact..jauh sekali..dia dah pun bahagia dengan pilihan hati..aku?jangan ditanya..masih bersendiri..entah sampai bila..maybe aku tak perlukan semua tu lagi..sebab aku percaya Tuhan akan berikan aku dengan seseorang yang akan menemani aku..mungkin aku hanya perlu bersabar..kerana aku percaya..ianya akan datang pada aku..insyaallah..so..wish me luck for my final for this semester..can't wait to finish my study..only one and half year to graduate..ahhh...!! nak kerj aplak pas nie..nak kumpul duit..nak tolong mak and ayah..nk kumpul bf..opsss~~!! haha just joking..ok everyone..see you soon..(kalu aku rajin nak menaip la kan..hahah) byee..morning all..=)

Wednesday, 19 October 2011

Salam..hye semua..dah lama aku tak post kat blog nie kan..hmm alasan aku..malas..hee malas nak taip-taip..sepanjang aku tak post kat blog nie macam-macam benda jadi..tak ada sampai teruk-teruk..hmm just busy dengan kelas..assigment tu jer..life aku??biasa-biasa jer..nothing special..hmm kehidupan aku sekarang nie berbeza dengan dulu..penuh dengan kelesuan..tak ada semangat..keseorangan..tak seronok..hanya mengikut rentak mood aku..ntah laa..ak pun tak tahu apa yang tak kena dengan aku..apa yang hanya aku mampu buat..moga apa yang aku buat mendapat keberkatan dari Allah SWT..itu yang aku harapkan..dan moga aku dapat menamatkan pengajian aku dengan segulung ijazah..dan insyaallah..kalau ada rezeki..aku nak sambung buat master..insyaallah..cita-cita,kerjaya dan yang paling penting harapan mak ayah yang paling utama..kepada mak dan ayah.."cek sayang mak ngan ayah..apa yang cek harapkan..sebelum mak ngan ayah tutup mata..(macam mak ngan ayah selalu cakap)cek harap mak ngan ayah dapat lihat kejayaan cek..moga tuhan mendengar permintaan cek niee..sebelum mak ngan ayah tutup mata..cek nak balas jasa mak ngan ayah dulu..yang tak ternilai harganya..cek tak taw macam mana kehidupan cek tanpa mak ngan ayah..:( hanya ada abang-ababng..tapi tak sama macam mana mak ngan ayah..semoga Allah beri kekuatan iman dan moga Allah tempatkan mak ngan ayah dikalangan orang-orang yang beriman..aminn..

Friday, 5 August 2011

..moga kau bahagia..

tiada jodoh antara kita..semoga kau berbahagia dengan pilihan hati..aku redha walaupun hati ini berat untuk lepaskan kau..mengenalimu cukup membuatkan aku selesa dengan kau..apa yang mampu aku ucapkan..biarlah aku dan tuhan saja yang mengetahui betapa aku suka pada kau walaupun hati ini agak kecewa dengan pilihan hati kau sendiri..selamat tinggal untuk selamanya....=;(

Saturday, 30 July 2011

Salam..hyee..hmm dah lama aku tak update blog kan..hmm bukan apa tak ada mood plak nak update post niee..hehe anyway tinggal sehari lagi dah nak puasa..tak sabar rasanya..hmm kali nie tak boleh nak sambut puasa sama-sama dengan family..yer laa..aku kat sarawak..buat antarasesi..macam mana nak celebrate sama-sama..=( cedihnya..hmm apa-apa pun harap puasa tahun nie penuh (kalu excuse tak tahu la kan..hehe) dan dapat menjalaninya dengan baik..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
 ..moga tuhan memberkati puasa semua umatNya..amin..

 source : google image