Tuesday, 6 March 2012

..terima kasih kawan..

terima kasih kawan kerana kau telah membuktikan aku ini hanya kawan yang suka ambil kesempatan terhadap diri kau..
terima kasih kerana kau telah membuktikan aku hanya buruk pada pandangan kau..
terima kasih kerana aku ini selalu membuat kau terasa hati..
terima kasih kerana kau telah berjaya memutuskan hubungan persahabatan ini 
hanya kerana kau tidak berpuas hati dengan aku..
terima kasih kerana kau tak peduli pun ada kawan yang perangai macam babi nie..
terima kasih kerana kau telah mengistiharkan ramai lagi kawan yang ada untuk kau..yang sedia menyayangi kau seadanya dikala kau senang dan susah..

namun..

aku kesal..
aku kesal kerana kau sedikit pun tak pedulikan aku dikala kau bersama-sama teman kau..
ada tak kau ambil kira perasaan aku waktu tu??
kau hanya mengagung-agungkan kawan-kawan kau yang itu..
tapi pernah tak kau tahu apa yang aku rasa?
ada tak kau anggap aku nie kawan kalau betul la aku nie kawan baik kau??
sedikit pun tak..
apa yang aku tahu kau hanya bercakap mengenai ketidakpuasaan hati kau terhadap aku..
ini saja yang aku nampak..
kau cakap aku hipokrit..sedangkan kau??kau ada tak nampak sifat tu dalam diri kau??

tak apa..tak perlu kau nak pedulikan aku lagi..
aku tak perlukan kasih sayang dari seorang kawan yang hanya ingin menuding jari semua kesalahan pada diri aku..al maklumlah..kau kan ramai kawan yang menyayangi kau..
takat kawan yang perangai macam babi ini apa la kau kisah sangat kan??

kau kan peramah..
kau kan baik..
kau kan mulia..
semua orang senang dengan kau..
semua orang happy disamping kau..

aku terima wahai kawan..
aku tahu apa yang aku lakukan..
dan aku tahu niat aku sebenar..biarlah tuhan saja yang tahu perasaan aku..
tuhan saja yang layak menghukum aku..

jangan hanya dengan sesetangah perkara kau mudah untuk meludah aku dengan bermacam-macam andaian..
terimalah hakikat aku ini hanya sampah pada mata kau..
aku terima kau telah buang aku jauh-jauh dalam hidup kau..
terima kasih sekali lagi..
baru sekarang aku tahu apa erti kawan yang sebenar..

terima kasih..~~

No comments:

Post a Comment