Friday, 10 June 2011

..terkejut..terkilan..buntu..

Salam...aku bingung..kenapa aku masih mengharapkan dia..sedangkan dia bukan lagi milik aku sejak berbulan lamanya aku berpisah dengan dia..kenapa perlu aku masih ingat pada dia..kenapa aku bodoh sebab masih ingat pada dia sedangkan dia sudah mempunyai kekasih hati..dan kenapa juga aku diperbodohkan dengan kata-kata dia..

Aku tak faham..kenapa mesti aku masih contact dia sedangkan dia bukan kekasih aku macam dulu...anna..kau kena terima kenyataan..dia bukan untuk kau lagi..tapi hati dan fikiran aku tak henti-henti fikirkan dia..aku tak tahu kenapa..tolonglah..!!aku nak lupakan dia..tapi tak boleh..entah kenapa pagi tadi hati ini tergerak nak buka fb..walaupun aku dah 'remove friendlist' aku..tapi ada jugak sumber-sumber yang boleh aku tengok fb dia..terkejut dan terkilannya aku bila aku tengok dekat wall dia..terkejut dengan komen yang dia post dekat wall dia... "mira kkasih ku... Bila kita nk bsua ne.. Daku rndu padamu.. ~~~" bagai nak luruh jantung aku..tiba-tiba aku rasa sebak..sebak sebab dia tak mengaku dia dah pun ada yang berisi dihati dia..sebelum nie aku ada tanya kat dia sama ada dia dah ada awek or belum..tapi dia cakap dia belum ada lagi...aku percaya..dia tipu aku..mustahil la dia tak ada awek lagi..hmmmmm...tipu la kalau aku cakap aku tak cemburu dan sedih..aku mengakui aku rasa semua tue..tapi apa boleh aku buat..aku sedihhhh....

siapa aku nak halang dia nak berkawan dengan siapa-siapa yang dia suka kan..hmmm aku pasrah..dan bagus la dia dah bahagia dan dah jumpa dan jugak dah ada pengganti selepas orang itu adalah aku..aku kena belajar untuk lupakan dia..tapi bagaimana??aku buntu..tolonglah..aku nak lupakan dia..mungkin hati aku masih kosong dan belum diisi dengan seseorang...tapi..siapa yang akan hadir untuk aku untuk aku lupakan dia..untuk selama-lamaya..tolonglah...aku nak lupakan dia...buang jauh-jauh dari dalam hidup aku..aku tak nak lagi berhubung dengan dia..aku nak bina kehidupan baru..nafas baru...tapi aku buntu...

Ya Allah..tolonglah aku lupakan dia..Kau jauhkanlah dia dari aku..luputkan fikiran aku untuk mengingati dia..bantulah insanMu yang lemah ini Ya Allah..aku lemah..aku redha dengan keadaan ini Ya Allah..kau hadirkan lah aku dengan seseorang yang dapat membimbing aku lupakan dia terus dalam hidup aku..aku juga ingin hidup bahagia seperti orang lain Ya Allah..jika ini adalah hukuman untuk diriku Ya Allah..aku terima..sesungguhnya Kau layak untuk menghukum diriku Ya Allah..tetapi aku bermohon Kau bantulah diriku untuk terus hidup dalam keadaan yang tenang..Kau permudahkanlah segala urusan aku di bumiMu ini Ya Allah..sesungguhnya Ya Allah..Kaulah tempat aku untuk mengadu..berlindung..dan meminta pertolongan..hanya padaMu Ya Allah tempat aku curahkan segalanya..bantulah aku Ya Allah..amin...


No comments:

Post a Comment